Home English News Azmi Sharom timbalan pengerusi SPR baharu!- KSN

Azmi Sharom timbalan pengerusi SPR baharu!- KSN

309
0
SHARE

PUTRAJAYA: Profesor Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan empat anggota SPR yang baharu.

Mereka ialah Datuk Seri Ramlan Ibrahim, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar; Datuk Chin Phaik Yoong, bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia; Profesor Madya Dr Faisal S. Hazis, Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia; dan Zoe Randhawa, BERSIH 2.0 Resource Person.

Ismail berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan pelantikan itu.

“Pelantikan-pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga mencapai usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

-BERNAMA

Comments