Home English News Bersatu masuk Sabah: Bincang dalam mesyuarat majlis pimpinan PH

Bersatu masuk Sabah: Bincang dalam mesyuarat majlis pimpinan PH

276
0
SHARE

GEORGE TOWN: Isu kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke negeri Sabah seharusnya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu perlu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH.

“Tentang isu Bersatu masuk Sabah, seperti yang saya sebut juga tentang kemasukan anggota UMNO, perkara ini harus dibincangkan dalam (mesyuarat) Majlis Pimpinan Pakatan Harapan kerana (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pun sudah bersetuju.

“Kita tunggu mesyuarat itu, kita akan tentukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Air Itam, di sini hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu dilaporkan berkata parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya.

Dr Mahathir berkata keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu PH.

-BERNAMA

Comments