Home English News Komen sederhana dalam portal bukan untuk hadkan kebebasan awam- Gobind

Komen sederhana dalam portal bukan untuk hadkan kebebasan awam- Gobind

1087
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata gesaan agar komen yang sederhana  dalam  portal bukanlah bermaksud hendak mengehadkan  kebebasan awam.

Beliau berkata, ia lebih  kepada  untuk  mengekalkan  kesopanan dan mengelakkan luahan yang akan membawa kepada kenyataan merangsangkan yang mungkin  membawa  kesan kepada keselamatan negara.

“Kebebasan bersuara bukan bermaksud untuk menggalakkan komen kelucahan, tidak beradab atau  seksis. Kita juga tidak patut membiarkan ancaman  fizikal  atau  ancaman  kecederaan tubuh badan dalam media sosial.

#TamilSchoolmychoice

“Hantaran atau komen seumpama hendaklah dielakkan dan ini boleh dicapai menerusi tapisan sendiri di samping bantuan daripada portal itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind juga berpendapat bahawa meminta portal untuk  sederhanakan kandungan dalam bahagian  komentari mereka ia bukanlah tidak munasabah.

-BERNAMA