Home English News Hukuman mati mandatori bagi 11 jenis kesalahan bakal dimansuhkan

Hukuman mati mandatori bagi 11 jenis kesalahan bakal dimansuhkan

231
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuh dan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Ini melibatkan sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api  (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

“Kita telah buat keputusan, kerajaan hanya  menghapuskan  hukuman mati mandatori sahaja, maknanya kita  akan  buat  pindaan. Itu adalah seperti janji ke 27 dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) semasa sesi soal jawab.

Menjawab soalan tambahan Abdullah sama ada kerajaan berhasrat menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen untuk membincangkan secara teliti mengenai pemansuhan hukuman mati sebelum ianya dibentangkan sebagai Rang Undang-undang, Mohamed Hanipa berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada kerajaan.

Pada Oktober 2018, Kabinet memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 33 jenis kesalahan yang merangkumi lapan akta.

— BERNAMA

Comments