Home English News Ramasamy nafi Palaniappan punca perbalahan 2 pertubuhan India

Ramasamy nafi Palaniappan punca perbalahan 2 pertubuhan India

1206
0
SHARE
Ad

GEORGE TOWN: Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau  Pinang  Dr P. Ramasamy hari ini menafikan  ahli  perniagaan Datuk K. Palaniappan sebagai punca perbalahan yang dikatakan berlaku di antara  lembaga itu dan sebuah lagi pertubuhan kaum India, Natukottai Chettiar.

Katanya ahli perniagaan itu dan anaknya P. Krishnan langsung tidak mempunyai kaitan dengan kedua-dua pihak yang dikatakan berbalah.

“Jangan burukkan keluarga Datuk Palaniappan. Beliau  tiada  kaitan dengan perbalahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Palaniappan, 63 dan Krishnan, 33.

#TamilSchoolmychoice

Sehubungan itu, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, mahu penyebaran berita palsu mengaitkan Palaniappan dengan perbalahan tersebut dihentikan.

Sementara itu, Palaniappan berkata penyebaran berita palsu melalui aplikasi WhatsApp sejak Januari lalu berkenaan telah menjejaskan reputasinya selaku ahli perniagaan.

“Kami telah membuat laporan polis pada 24 Jan bagi meminta perkara ini disiasat dan kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu ini,” katanya.

Difahamkan antara lain berita palsu tersebut turut menggesa orang ramai memboikot kedai milik Palaniappan.

-BERNAMA