Home English News “Jangan gunakan isu perkauman untuk meraih sokongan” – Waythamoorthy

“Jangan gunakan isu perkauman untuk meraih sokongan” – Waythamoorthy

1850
0
SHARE
Ad
MELAKA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial) YB Senator P. Waytha Moorthy mengingatkan ahli-ahli politik agar tidak menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan rakyat.
“Kita lihat baru-baru ini parti-parti pembangkang menggunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan rakyat.  Ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Kalau kita lihat dahulu semasa Umno memerintah dibawah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka melaungkan slogan 1Malaysia, mempromosikan perpaduan dengan mengatakan kita hidup sebagai satu keluarga yang besar. Akan tetapi apabila mereka menjadi pembangkang konsep  ini telah dibuang. Ini tidak sihat kepada negara yang telah merdeka selama 62-tahun. Kita tidak patut menggunakan isu-isu agama, perkauman dan sebagainya” kata Waytha Moorthy.

“Demi kebaikan negara, saya menasihatkan semua ahli-ahli politik supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan. Jangan musnahkan apa yang telah dibina selama ini,” katanya kepada pemberita di sambutan hari kebesaran Persatuan Penganut Dewa Kwang Fook di Tanjung Minyak, Melaka, pada malam Sabtu (9 Mac).
Mengulas hasil kajian sebuah pusat penyelidikan swasta yang mengatakan kaum Melayu dan India didiskriminasi dalam sektor perkerjaan di Malaysia, Waytha Moorthy berkata semua rakyat Malaysia harus diberi peluang pekerjaan yang sama rata.
“Dalam Malaysia kita tidak harus ada sebarang bentuk diskriminasi. Semua harus diberi peluang perkerjaan. Kita tidak tahu mereke layak atau tidak jika tidak diberi peluang. Saya harap majikan akan memberi lebih tumpuan kepada penyatu-paduan rakyat melalui perkerjaan untuk semua kaum kerana ini akan membolehkan negara mengoptimumkan tenaga kerja kita. Jabatan Perpaduan sedang mengkaji isu-isu yang terlibat dan sedang merangka suatu pelan tindakan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.