Home English News Ucapan Takziah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Ucapan Takziah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

857
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

UCAPAN TAKZIAH YAB PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERHUBUNG KEPULANGAN KE RAHMATULLAH TUN HAJJAH RAHAH BINTI TAN SRI HAJI MOHD NOAH.

Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah pada 18 Disember 2020 bersamaan dengan 3 Jamadilawal 1442H.

Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H.

#TamilSchoolmychoice

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman.
Al-Fatihah.